Thursday, August 19, 2010

Blog baru..


Tatkala minda begitu ligat mencari idea, lantas ilham hadir untuk memulakan langkah yang baru. Maka, dengan ini, saya berpindah ke blog baru agar karya hadir dengan kematangan. Semoga karya lebih informasi dan ilmiah.

Di sini BLOG BARU (klik sini) saya...

Akhirulkalam, sama bertasbih

~Subhanallahi wabihamdihi Subhanallahil'azim~

link : http://ilhameffa.blogspot.com/

Wednesday, August 18, 2010

Sabar menanti...

Tapak itu sudah kutemui. Hanya menanti langkah yang tepat menjadi pemula! Teruslah bergerak wahai Ilham Syifa

Blog sedang dalam pengubahsuaian....


Semoga kalam bicara dengan penghayatan!
Biar karya hadir berjiwa kematangan.
Usah biarkan emosi teman mengiringi.

Bagi menyentuh hati-hati pembaca.
Tidak lupa menyuluh hati dan minda diri.
Untuk menuju ke arah ketuhanan
agar diri sentiasa dalam jiwa hamba!
Tidak lelah walau jalan berduri
Mengutip mahar menjejaki Firdausi!

Janji Allah janji pasti,
Disemat utuh dalam diri,
Hadirnya aku di alam ini,
Untuk aku melakar sejarah,
Biar bergegar bumi Ilahi.....

Nukilan,
[Ilham Syifa] - nama pena baru..

Tuesday, April 27, 2010

Eid milad..sanah helwah akhi~

Hari ini 28 April..
dan esok, 29 April..
Ada apa dengan tarikh ini?
saya tidak ingin membuat sebarang perkongsian pada post ini.
sekadar ingin melafazkan rasa kasih dan sayang saya pada dia..

29 April, tarikh ulang tahun kelahiran abang kedua saya@angah, MOHD AKMAL AMRI
saya bukanlah ingin menggalakkan sambutan ulang tahun ini, kerana ia bukanlah ajaran agama kita. Post ini dibuat atas dasar rindu yang teramat sangat pada kanda Akmal.
kini, kami dipisahkan oleh dua benua, benua asia dan benua eropah.
Andai dahulu, kami seringkali dipisahkan kerana dia di SBP.
kemudian, dia ditawarkan pula biasiswa untuk fast track.
lagilah kurang masa kami bersama. tapi, kami sentiasa pentingkan kualiti masa bersama.
(cuti summer yang lepas, masa terbaik kami bersama. banyak pogram yang saya mengikuti dia)

usia kami yang hanya beza satu tahun, menjadikan kami tersangatlah rapat.
dari kecil kami bersama. dan Alhamdulillah, kini kami berada di landasan juang yang sama.
jadi terlalu banyak yang saya kongsikan rasa ini dengannya.

Selain kedua ibu bapa saya, dialah antara orang penting dalam hidup saya.
Allah menghantar dia untuk saya kenal Islam sebenar-benarnya...
untuk saya meletakkan cinta pada yang haq...
yang menjadi sumber inspirasi saya untuk berubah
dari seorang yang pendiam dan penakut pada mulanya,
menjadi seorang yang punya keyakinan untuk bercakap di hadapan orang.
dari yang tidak punya sikap kepimpinan,
melatih diri untuk menjadi pemimpin..
Semua nya dengan izin Allah. alhamdulillah...

Dan kini, ramai yang berkata, "dua beradik ni sama je, seorang public speaker, seorang pun public speaker. Dua-dua pun ada sikap kepimpinan. Abang borek, adik rintik" tapi, yang saya tahu, yang sangat membezakan kami, pencapaian akademik saya tidaklah sepertinya, yang sentiasa sibuk, masih mencapai keputusan yang cemerlang. Dan yang jelas membezakan kami, rupa kami yang amatlah tidak seiras. Selalu orang tanya, "kenapa abang gelap sangat?? " haha.. (hanya mampu ketawa, sorry angah)

Sebab itulah saya sangat dikenali sebagai "adik akmal". Sampaikan pada saya, siapa yang rapat dengan saya, pasti mengenali siapa insan bernama AKMAL ini. Jika tidak, pasti sentiasa tahu saya punya abang bergelar ANGAH. kerana bibir ini tidak putus berbicara tentangnya.

Terima kasih ya Allah, atas anugerah yang sangat hebat ini.



ps : Abang yang dah tak sabar2 nak kahwin. Moga2 ummi bagi keizinan untuk Angah membina BAIT MUSLIM. dan dengan syarat yang kita sama2 setujui, bakal kakak ipar tu mestilah seorang yang kakak boleh hang out dgn kakak supaya kakak tak kehilangan angah. dan bakal adik ipar angah (bakal suami saya.. hehe) juga mesti yang boleh hang out dengan Angah. insyaAllah.. =)