MasyaAllah, sungguh pantas masa berlalu!
Tanggal 18 November 2009 ini, SPM akan bermula.. (bg yg ambil sains stream)
Apa kene mengena diri ni dgn SPM??
Tiada kaitan langsung sebenarnya buatku, namun ianya satu ujian besar buat adik lelaki ku di tanah air..
Yang punya cita-cita yang sungguh besar, ingin mengikut jejak langkah abangnya ke UK..
(kenapa tidak kakak?? kerana diri ni hanya di India..mungkin belum bisa menarik perhatiannya untuk menjadikan diri ini sebagai idolanya.. hehe..=)
Adik, buat yang terbaik!
Pastikan langkahmu kerana Allah..
Walau tidak mungkin untukmu ciumi tangan kakak, kakak doakan yang terbaik buatmu!
Langkahmu baru sahaja bermula dengan SPM ini..
segala langkahmu akan tercipta kelak tentang apa yang dirimu ingin lakukan dalam hidup ini..
Redha dan tawakal itu perlu mengiringi supaya kelak tidak jatuh tersungkur..
Bittaufiq wannajah..
Man Jadda wa jada...
Doaku buatmu sentiasa mengiringi..
bukan hanya buatmu, namun jua buat adik-adik yang lain..
Salam sayang dari kakak di bumi india buat adikku,
Mohammad Aiman bin Amri,
STAR, IPOH, Perak...

“Dan manusia hanya memperoleh apa yang diusahakannya. Dan sesungguhnya usaha itu kelak akan diperlihatkan kepadanya. Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna. Dan sesungguhnya kepada tuhanmulah kesudahannya segala sesuatu.”
(Al-Najm : 39-42)
(P/S : Saya mahu pulang!! Tersangat mahu pulang! Hanya beberapa bulan harus ku nantikan! Duhai Februari... Saya Mahu Pulang!! Kerinduan kian bernanah dalam diri...)
Wednesday, November 11, 2009
Bittaufiq Wannajah, adik...
Posted by Nur As-Syifa' at 10:18 AM 0 kata-kata
Sunday, November 8, 2009
InsyaAllah...
Bismillahirrahmanirrahim..
In The Name Of Allah, The Most Gracious and Merciful God...
Dalam ketidaktenangan jiwa, hati ini terpujuk..
terpujuk dengan kata-kata dari sahabat-sahabat..
Kesemuanya hadir nasihat untuk mendekatkan diri pada Ilahi..
semuanya meminjam jua kata-kata Allah, dalam surat cinta teragung buat kita, AL QURAN!
jadi sebenarnya, hati ini lebih terpujuk dengan kasih sayang Nya buatku..
Semua antara kita punya masalah...
walau berbeda masalah, namun penyelesaian nya tetap sama..
hanya ALLAH penyelesaian kita..
Allah itu maha Mengetahui..
Maha Mendengar!
Dia Mendengar setiap bisikan hati kita! rintihan kita! Kembalilah kita padaNya!
Carilah ketenangan dalam jiwa melaluiNya!
Ujian itu tarbiyah dari Allah buat hamba-hambaNya..
Dari jauh kepadanya, agar kembali dekat denganNya..
Dia rindui rintihan hati kita..
Malah tidak jemu-jemu mendengar bisikan hati kita..
DIa tidak mungkin membiarkan kita terkapai-kapai sendirian!
Dia sentiasa bersama kita..
jangan lah kita berputus asa, andai ujian itu berat untuk dipikul..
namun, tiada lain hanya untuk mendekatkan diri kepadaNya!
Sama-sama hayati lagu dari MAHER ZAIN, INSYAALLAH...
(lagu ini banyak ditujukan buat penulis dari teman-teman)
Jazakummullahu khairan Jaza ya Sahabat!
(P/s : andai diri kalian sentiasa di sana buatku, diri ini jua buat kalian walau terpisah antara dua benua, jauh beribu batu! Ikatan kita hanya bertunjangkan Allah.. Jadi, itu lebih dekat antara kita melalui doa kita.. insyaAllah)
Posted by Nur As-Syifa' at 8:58 AM 1 kata-kata
Saturday, November 7, 2009
Indahnya Hidayah Mu
Dalam kesunyian di pagi hari, saya berusaha membaca dan memahami 'Biochem' keseorangan diri...
kebosanan menerjah pula di hati..
Lantas, penulis terasa untuk online di malam ini..
tatkala online 'YM', hati ini tertarik pada status message YM seseorang teman.
Tersentap membaca status nya tika itu..
Masakan tidak, sahabat ini mempunyai hati seperti batu, malah sentiasa menjadi yang terakhir untuk 'join' apa-apa aktiviti yang mendekatkan diri dengan Ilahi.. sering sahaja menghilangkan diri! melarikan diri! Ikhtilat nya dengan akhowat pula sungguh tidak terjaga. Sahabat ini jua lah juara kontroversi dalam kalangan kami. Ada sahaja kisah cintanya dijaja ke sana ke mari. Bertukar-tukar pasangan, satu kisah yang tidak mengejutkan diri penulis langsung... malah terbit perasaan bosan dengan kisah dirinya!
Dan tiba-tiba di satu malam, status nya berubah!
Sangat2 berbeza dengan dirinya yang dahulu!
Sahabat ini menyatakan tujuan hidupnya sebagai HAMBA dan KHALIFAH!
Di saat itu, diri ini hanya melihat dari jauh.. Tidak berhajat untuk chatting dengannya lagi2 di tengah malam ini!
Air mata penulis hampir-hampir sahaja menitis tika dinihari itu.
bukan kerana apa, kerana diri ini mengenalinya! sungguh mengenalinya!
dan kini seolah-olah, muncul sahabat dalam spiritual yang baru...
Allah! sungguh Agung kuasaMu!
Malam kedua, statusnya berubah lagi, mempersoalkan tentang solat dengan khusyuk!
Kini, diri ini yakin! Hatinya sudah berubah!
Subhanallah, MasyaAllah, Allahu Akbar, agung sungguh kuasaMu..
Hati nya ibarat batu + besi, berubah dengan nur hidayah mu!
Sungguh kisah Saidina Umar Al-Khattab berulang kembali...
Pernah satu hari, kami 'chatting' dan topik yang kami bincangkan sungguh berbeza berbanding dulu! kesemuanya berkaitan TARBIYAH.. usrah nya di negara orang, UK jauh di eropah sana! MasyaAllah, hati ini tersentuh lagi.. Bertambah terpesona dengan keagungan Ilahi! Menitis air mata ku..
Bumi eropah, seperti UK dan Ireland, sungguh subur dengan perjuangan!
landasan dakwah nya sungguh rancak!
Program sana sini, demi membawa hati menuju Ilahi!
Terdetik di hati penulis, sedikit kecemburuan dengan sahabat di sana.
Pelbagai pendedahan yang mereka perolehi!
Ramai sahabat2 mengenali Islam dengan mendalam di bumi eropah sana..
Spiritual yang timbul dalam diri jua kerana sistem tarbiyah di sana! Semuanya kuasa Allah yang Maha Esa yang mengizinkannya...
Arghhh... cemburu kembali bertandang di hati!
Namun di sini, sahabat2 di Eropah sana, jangan samakan kami di India seperti kalian di UK..
Kalian ramai students post graduate, pelajar-pelajar hebat, para ustaz handalan dan punya pelbagai kemudahan, kelengkapan... namun, kami di sini? sistem pembelajaran nya jua sudah berbeza.. Bukan lah tiada mujahid dan mujahidah yang hebat di bumi India ini, cumanya kesemuanya merupakan pelajar perubatan! Medic = sibuk! satu equation yang tidak mampu dicanggah dan dinafikan oleh pelajar bidang lain. Maka, masa dan kesibukan menjadi faktor landasan dakwah di sini tidak sesubur di bumi Eropah sana... Sistem kami di sini jua sungguh berbeza dengan kalian bidang perubatan di sana!! Minggu peperiksaan di sini jua amatlah penat dan meletihkan! (ini pengalaman sahabat yang sudah setahun di sini)
Mampukah kami mengubahnya? Mampukah kami yang sedikit ini membuat reformasi nya?
Allah, hanya dengan izinNya semata-mata, kami mampu menjadi penggerak! Menggerakkan kereta api dakwah ini ke landasannya.. walaupun payah, walau sukar serta meletihkan! Inilah harga yang perlu dibayar oleh seorang dai'e di muka bumi ini..
Kadang kala, terdetik jua di hati ini, bukan tidak mampu membuat langkah, namun keadaan nya amat berbeda sekali dengan keadaan di sana! Tidak mampu ditulis dengan kata-kata...
namun, tetap jua penulis rasa bersyukur, sekurang-kurangnya masih punya ruang bagi diri ini dalam landasan dakwah ini.. Sering sahaja diri ini leka dan lalai seketika! Alhamdulillah, Allah masih punya kasih dan sayang buat diri ini untuk sentiasa dalam jalanNya!Sering kali diberi peringatan olehNya tika kelekaan menjengah di hati, agar kembali ke landasan yang benar.. Alhamdulillah, ya Allah!
Buatmu sahabat, moga-moga kita bertemu lagi di landasan ini jika tidak di dunia, InsyaAllah, di akhirat sana! kurniakan kami syurga firdausiMu, Ya Rabbi!
Penulis doakan kita sama-sama terthabat di jalan ini, jalan penuh liku! yang pastinya menuntut kesabaran dan jua air mata! sama-sama kita bertahan! InsyaAllah! 
(p/s : lagi sekali post ini dibuat dalam keadaan tergesa-gesa!)
Entry ini bukan untuk melontar emosi, jauh sekali menatapi nasib diri ini, cuma mengagumi kuasa Ilahi atas indahnya hidayah serta petunjukNya buat hamaba-hamba di muka bumi ini.. Wallahu 'alam!
Posted by Nur As-Syifa' at 3:38 AM 0 kata-kata
Sunday, November 1, 2009
Kembara Cuti Feb 2010
Februari 2010!
Semua students MANIPAL menantikan kehadiran Februari 2010!
Mengapa?? kerana cuti panjang menanti kami!
Rasa seperti ingin masa pantas berlalu agar tiba destinasi yang kami impikan..
Penat meng'adapt'kan diri dalam dunia medic yang serba baru barang kali??
CUTI?? perkataan yang menggerunkan sebenarnya..
takut jika masa berlalu dengan sia-sia..
risau sekiranya terisi dengan aktiviti yang lagha..
khuatir andai saat turunnya iman lantas hilangnya spiritual perjuangan dalam diri ini..
Bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba!
Bila berbicara tentang CUTI,perancangan itu yang paling penting!
Rencanakan segala hasrat berlegar di minda
agar terlunas segala impian di hati..
Majoriti sahabat2 akan pulang ke tanah air..
Termasuk jua diri penulis yang saban hari merindui keluarga di rumah, makin menjadi-jadi pula 'homesick' di sini..
Bergenang air mata setelah mendengar suara abah dan ummi, ditambah lagi mesej2 kesayuan sokongan dari adik2 apatah mengetahui kakaknya berada di ambang 'ketidakstabilan'..
Ramai pula bercadang untuk mengembara di bumi India milik ALLAH ini sebelum bertemu keluarga di tanah tumpah darah kita..
Tidak salah mengembara..
Tidak salah jua mencuri pengalaman di negara orang..
Namun, untuk apa semua itu?
Sekadar jalan-jalan bersama kamera, post pula gambar di facebook,atau just for fun?
Dalam diam sifat riak serta takbur kian bernanah dalam diri..
Bangga kerana kita mampu ke sana sini..
Duhai sahabat jua diri penulis, mengembara itu seharusnya hadir bersama niat untuk melihat ciptaan Ilahi, kebesaran Pencipta alam fana ini..
Tidak bermakna jika mengembara namun hati jauh dari Sang Pencipta..
Tidak bermakna jua jika mengembara sekadar menghiburkan hati yang kononnya perlukan hiburan..
Malah, ianya sia-sia jika mengembara hanya 'just for fun'..
Membazir masa jua tenaga apatah lagi wang ringgit..
Infakkan hartamu ke jalan Allah namun jika 'just for fun' tiada pahala yang dapat walau sedikit cuma.. Jadi apa gunanya mengembara??
Lupakah kita, biasiswa yang kita dapat ini amanah dari rakyat MALAYSIA buat kita?
untuk menggapai impian merealisasikan cita-cita...
tersedar saya dari lena yang panjang, merancang untuk ke sana sini, membeli itu dan ini, terleka sebentar duit yang diterima bukan milik penulis, tapi milik rakyat..
Inilah yang kian dilupakan pemegang-pemegang biasiswa yang lebih membawa erti 'keseronokan' dalam hidup..
sedangkan ramai lagi yang menderita! usah dilihat pejuang di GAZA andai sukar untuk kita bayangkan.. Renung sahaja rakyat MALAYSIA, betapa ramai 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'...
MasyaAllah, ampunkan diri ku atas kelalaian memikul amanah yang diberikan..
Tidak lagi kita melihat, sahabat-sahabat yang berbelanja sakan membeli motor begitu gah segak bergaya.. timbul pula persoalan di hati, untuk apa semua itu? sekadar melayan nafsu di hati? Wallahu 'alam...
Terimbau kembali, apabila mengajak sahabat-sahabat ke JaSSI, yuran penyertaan nya Rs 2000..
boleh pula timbul isu mahal di sini, sedangkan motor boleh beli tanpa keraguan di hati malah sekurang-kurangnya berasa bersalah pada rakyat yang memberi amanah yang besar buat kita!
Tak salah kita bernafsu.
Itulah keistimewaan yang Allah kurniakan pada manusia.
Namun, ingat lah sekalian, NAFSU yang tinggi menolak orang mukmin ke syurga!
Jikalau nafsu ini dipandu oleh ISLAM dan IMAN, darjat kita lebih tinggi dari Malaikat!
(Idea asal perenggan ini dari salah seorang penulis blog kegemaran penulis)
Semua berkeinginan untuk menetap di rumah besar dan selesa, memandu kenderaan gah berjaya,
dan makan semua yang sedap-sedap..
Pandai-pandailah kawal diri..
Sama-sama berjihad melawan nafsu!
utamakan keperluan dari kehendak hati..
Segala amal kita dengan niat!
Jika baik niat kita, insyaAllah Allah berkati..
Jika tidak, perbetulkan niat bersama-sama...
Apa-apa pun, MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA!
(P/S : Kawan-kawan yang ada duit lebih, jom travel ke SPAIN dan TURKI.. sama-sama merasai, mendalami dan menyelami negara yang mana pernah menjadi kegemilangan ISLAM suatu tika dahulu.. Sebelum tumbangkan kerajaan TURKI UTHMANIYAH..Mengembara sambil menyelami ke dasar hati, mendekatkan diri kepada sang pencipta..InsyaAllah)
Wallahu 'alam..
(aduh, esok test ANATOMY.. doakan saya! maaf huraian agak kelam kerana masa tidak mengizinkan)
Posted by Nur As-Syifa' at 10:02 AM 3 kata-kata
Saturday, October 31, 2009
Pengembaraan biar Pasti..
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar!!
ramai yang tertanya, mengapa blog saya kosong tanpa entri yang terdahulu??
jawapan nya, hanya pada diri ini!
Blogging bukan untuk menjaja diri dengan alkisah peribadi!
bukan jua untuk melontar emosi!
jauh sekali untuk menunjuk kehebatan diri!
Namun, lebih dalam pengembaraan menuju tuhan agar tergapai impian ke SYURGA FIRDAUSI!
Oleh itu, langkah harus lebih PASTI!
Visi pula perlu lebih terisi!
Karya jua harus lebih membawa hati menuju Ilahi..
jika bukan manfaat nya pada diri yang lain, pastikan ia nya bermanfaat buat diri ini!
Moga2 diberi ruang dan masa untuk perkongsian lebih banyak dalam pengembaraan kian mencabar ini! InsyaAllah...
wallahu 'alam
Posted by Nur As-Syifa' at 11:04 PM 0 kata-kata
Tiada Masa Menanti kita..
Bismillahirrahmannirrahim..
Medic sememangnya sinonim dengan SIBUK dan BUSY!
sehingga tidak terungkap definisi SIBUK itu lagi..
carilah di kamus dewan manapun, pada saya word 'sibuk' itu menjadi sangat complicated untuk didefinisikan...
kerana kesibukan jua, saya hampir tewas!
Tewas dalam jalan perjuangan yang panjang! yang masih jauh!
sedangkan rehat yang sebenar, hanyalah di SYURGA FIRDAUSI!
Jika inginkan rehat, berpenat lelah lah di dunia ini agar senang di akhirat kelak..
kerana janji Allah, janji yang PASTI...
Ya Allah, layakkah ku untuk ke syurga Mu?
wallahu 'alam.. moga2 terthabat di landasan ini selamanya..insyaAllah...
MasyaAllah, lemah sahaja iman ini..
kerana kesibukan, diri ini terkulai layu..
Jalan perjuangan direhatkan sebentar di 'R&R' di pertengahan perjalanan...
diri hampir berputus asa, lemah semangat malah spiritual terganggu!
Tiba2, terlihat sahabat2 seperjuangan yang lain,
STUDENT MEDIC tetapi dirinya gah dalam landasan perjuangan ini..
Kadang kala, pelik melihat mereka yang bukan calang2 orangnya! Gah dalam akademik, jawatan yang disandang yang pelbagai, kesibukan yang tidak terucap dengan kata2, namun masih punya masa untuk membantu agama Allah! Usrah sana sini, organize program yang pelbagai.. tiada lain niat mereka, hanya LILLAHI TAALA!
Betapa gigih dan kuatnya semangat mereka, mencabar diri ni untuk menjadi seperti mereka!
membangkitkan diri dari lamunan, untuk bergerak mencetus MAHU!
tiada lain tujuan hidup kita di muka bumi ini, selain dari menjadi HAMBA, kHALIFAH dan PENDAKWAH!
Jika katakan sibuk dan tiada masa, kita PASTI tiada MASA sedangkan bersuka ria, bersembang tidak tentu hala, ada sahaja masa untuk kita!
Lebih sibuk diri kita, lebih bermanfaat masa yang ada kita gunakan!
Kualiti itu lebih penting dari kuantiti!
Masa tidak menanti kita, namun kitalah harus mengejar MASA itu!
agar tidak kita dikejar masa sehingga semua pun tidak menjadi!
Jika Allah tarik nyawa kita sekarang, sudah cukup kah bekalan kita untuk bertemu ILAHI? Sudah pastikah syurga menanti kita? MasyaAllah, jauh lagi perjalanan kita, sahabat2!
Teman2, ayuh! mari kita BANGKIT!
Mari kita BANGUN!
Mari kita MELANGKAH!
Jangan terlena dibuai mimpi yang indahnya sementara!
Janji ALLAH, JANJI yang pasti!
"Kita MUSLIM yang belajar, bukan pelajar MUSLIM semata-mata"
wallahu 'alam
Kembara Menuju Tuhan dalam mengejar Syurga Firdausi!
Posted by Nur As-Syifa' at 8:55 PM 0 kata-kata
Maafkan ku...
Dalam keheningan malam, hatiku hiba tidak ku pinta..
Merenung diri yang kian hanyut dengan arus duniawi! Leka seketika dengan keindahan yang tidak kekal abadi.. bingkisan ini khas untuk diriku dan para pembaca..
Maafkan ku,
Kerana tidak sempurna mencintai-Mu,
Maafkan ku,
kerana tidak bisa membalas kasih sayang-Mu,
Maafkan ku,
kerana tergoda selain dari kecantikan-Mu,
Maafkan ku,
kerana merindui selain dari-Mu,
Maafkan ku,
kerana kadang kala aku lupa pada-Mu,
Maafkan ku,
kerana tidak sempurna meyakini-Mu,
Maafkan ku atas segalanya,
Tidak sepenuh hati membantu agama-Mu,
tewas seketika di pertengahan perjalanan,
sedangkan kebahagiaan hakiki,
hanya di syurga firdausi abadi...
Posted by Nur As-Syifa' at 9:28 AM 0 kata-kata
Saturday, October 24, 2009
Niat?? Nawaitu?
"Innama 'amalu binniati wainnama likuli amri"
.hanya segala 'amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang diniatkan.
Hadis yang paling popular dalam kalangan kita. Hadis pertama dalam Hadis 40...
Bayangkan, baru sebulan lebih saya di India, Hadis ini dibincangkan berulang kali dalam mana-mana majlis ilmu yang saya hadiri.
PERTAMA nya, semasa iftar Ramadhan bersama senior batch 24.
KEDUA nya, semasa usrah bersama teman-teman di sini.
KETIGA nya, ketika berusrah cyber dengan kakak-kakak sefikrah.
KEEMPAT nya, tazkirah dari pihak senior muslimin untuk memperkenalkan IYA pada kami, selaku junior!
Apa yang saya ingin katakan di sini ialah, NIAT itu adalah perkara utama dan pokok yang harus diperbetulkan.
Kadang kala, diri ini jua hanyut dengan kecantikan dan keindahan duniawi semata-mata hingga lupa niat yang asal yang harus membawa kepada yang MAHA ESA..
Lillahi Taala, mudahnya untuk dituturkan.. Namun, aplikasinya dalam kehidupan?
Apakah ayat itu sekadar kata-kata?
Kembali refleksi diri, apa tujuan utama kita lakukan sesuatu?
usah berikan contoh yang rumit,
lihat sahaja yang paling mudah, untuk apa kita makan? sekadar untuk kenyang?
hanya kenyang lah yang kita perolehi...
Jika kerana lillahi taala, konsep tujuan hidup kita akan diaplikasikan.
oleh kerana itu jua, kita tunaikan solat dan melakukan pelbagai rutin harian untuk melengkapkan tujuan hidup kita sebagai HAMBA, KHALIFAH dan juga PENDAKWAh..
maka konklusinya, kenyang kita dapat, belajar pun dapat, melakukan ibadah pun mampu dilakukan..
Mungkin lemah pendebatan saya di sini, tidak sampai di jiwa pembaca..
maafkan saya.. semoga sama-sama mendapat manfaat..
Wallahu 'alam..
Posted by Nur As-Syifa' at 1:43 AM 2 kata-kata
Kosong?
Assalamualaikum wbt...
maaf buat para pengunjung yang sudi hadir di blog ini, tiba2 terlihat kosong page sy tanpa apa2 post..
jangan kuatir!
jangan risau!
saya akan mulakan langkah baru yang pastinya lebih hangat dalam menyumbang ke jalan Allah ini...
Mungkin sudah tiba masanya, saya lakukan penghijrahan dalam kembara menuju Firdausi dengan lebih terarah lagi isu-isu yang akan dibincangkan.. InsyaAllah..
Wallahu 'alam...
Posted by Nur As-Syifa' at 1:35 AM 0 kata-kata
Saturday, July 11, 2009
Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang,
yang melabuhkan cintanya padamu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu.
Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh hati,
izinlah aku menyentuh hati seseorang,
yang hatinya tertaut padaMu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.
Ya Rabbana,
Jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya,
agar tidak berpaling daripada hati-Mu.
Ya Rabbul Izzati,
Jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang,
yang merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah,
Jika aku menikmati cinta kekasihmu,
Janganlah kenikmatan itu,
melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.
Ya Allah,
Jika aku jatuh hati pada kekasihmu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.
Ya Allah,
Jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas,
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki,
dan rindu abadi hanya pada-Mu
Amin~
Posted by Nur As-Syifa' at 8:09 AM 0 kata-kata
