Tuesday, April 27, 2010

Eid milad..sanah helwah akhi~

Hari ini 28 April..
dan esok, 29 April..
Ada apa dengan tarikh ini?
saya tidak ingin membuat sebarang perkongsian pada post ini.
sekadar ingin melafazkan rasa kasih dan sayang saya pada dia..

29 April, tarikh ulang tahun kelahiran abang kedua saya@angah, MOHD AKMAL AMRI
saya bukanlah ingin menggalakkan sambutan ulang tahun ini, kerana ia bukanlah ajaran agama kita. Post ini dibuat atas dasar rindu yang teramat sangat pada kanda Akmal.
kini, kami dipisahkan oleh dua benua, benua asia dan benua eropah.
Andai dahulu, kami seringkali dipisahkan kerana dia di SBP.
kemudian, dia ditawarkan pula biasiswa untuk fast track.
lagilah kurang masa kami bersama. tapi, kami sentiasa pentingkan kualiti masa bersama.
(cuti summer yang lepas, masa terbaik kami bersama. banyak pogram yang saya mengikuti dia)

usia kami yang hanya beza satu tahun, menjadikan kami tersangatlah rapat.
dari kecil kami bersama. dan Alhamdulillah, kini kami berada di landasan juang yang sama.
jadi terlalu banyak yang saya kongsikan rasa ini dengannya.

Selain kedua ibu bapa saya, dialah antara orang penting dalam hidup saya.
Allah menghantar dia untuk saya kenal Islam sebenar-benarnya...
untuk saya meletakkan cinta pada yang haq...
yang menjadi sumber inspirasi saya untuk berubah
dari seorang yang pendiam dan penakut pada mulanya,
menjadi seorang yang punya keyakinan untuk bercakap di hadapan orang.
dari yang tidak punya sikap kepimpinan,
melatih diri untuk menjadi pemimpin..
Semua nya dengan izin Allah. alhamdulillah...

Dan kini, ramai yang berkata, "dua beradik ni sama je, seorang public speaker, seorang pun public speaker. Dua-dua pun ada sikap kepimpinan. Abang borek, adik rintik" tapi, yang saya tahu, yang sangat membezakan kami, pencapaian akademik saya tidaklah sepertinya, yang sentiasa sibuk, masih mencapai keputusan yang cemerlang. Dan yang jelas membezakan kami, rupa kami yang amatlah tidak seiras. Selalu orang tanya, "kenapa abang gelap sangat?? " haha.. (hanya mampu ketawa, sorry angah)

Sebab itulah saya sangat dikenali sebagai "adik akmal". Sampaikan pada saya, siapa yang rapat dengan saya, pasti mengenali siapa insan bernama AKMAL ini. Jika tidak, pasti sentiasa tahu saya punya abang bergelar ANGAH. kerana bibir ini tidak putus berbicara tentangnya.

Terima kasih ya Allah, atas anugerah yang sangat hebat ini.



ps : Abang yang dah tak sabar2 nak kahwin. Moga2 ummi bagi keizinan untuk Angah membina BAIT MUSLIM. dan dengan syarat yang kita sama2 setujui, bakal kakak ipar tu mestilah seorang yang kakak boleh hang out dgn kakak supaya kakak tak kehilangan angah. dan bakal adik ipar angah (bakal suami saya.. hehe) juga mesti yang boleh hang out dengan Angah. insyaAllah.. =)

4 comments:

Mohammad Aiman said...

wwaaaa..

hihi..
acik kene target betul2 pukul 12 tgh malam UK nanti..
kalo x, x syok le...

anyway,
nanti bday acik, buat jugak..
haha..

(acik dah suh angah bace post nih)

ilham_syifa' said...

ahhhh.... tidak!!!
malu!!! hehe

alryte2! jom suh angah buat gayut ramai2 mcm dia slalu buat masa birthday angah? org canggih kt uk je blh buat.. hehe

ye la2, nnt birthday achik, kakak buat jg. mestila kakak sayang adik2 kakak. cumanya, birthday kakak dlu. kene la buat kt kakak jugak~
hehe

sayang ku kepada adik2 ku, abang2ku, ibu bapaku biarlah kasih sayang itu sampai syurga!
jom, berjuang! supaya kita jumpa kembali di syurga.. amin~

lots with love,
kakak di india =)

akmal.amri said...

I hate to say this, but I am touched by the post. Very.

Thanks! Good luck for your exams and all other undertakings. You, me, and everyone else knows that you can do it. Although you keep saying that you feel that this is not the road you should have taken, deep inside your heart, you know you have always wanted this. Be strong inside, and you will be strong outside.

Achik, optimise your time at home, for verily, abundance of free time may kill you. Less movies and read more about the world. Wikipedia-reading can be a good pastime. Use your time wisely for when you are past that time, you will sorely miss it. Remember, I never had such opportunity to enjoy such freedom. And always cherish your time with the family. Do what is best for them and for you.

Wassalam
Angah (yang hensem)

p/s: I could have written a piece for my blog with this comment

ilham_syifa' said...

achik : totally agree with angah..it's the only time u have so much freedom. saat kesibukan kakak mcm ni, terlalu banyak yg nak dibuat. esp nak menambah ilmu tntg sejarah islam n etc, tp tiada kesempatan utk menyelitkan masa2 utk tu.. sedih. banyaknya masa lapang, akan merosakkan iman sbenarnya. achik, kurangkan tgk movie, drama, dgr lagu2 hollywood, takut hati rosak. sedangkan ummah kita sgt dahagakan mujahid hebat utk membawa kegemilangan tamadun Islam. penuhkan dada mu dgn ilmu. bacalah skurang2 skali dlm shari tntg apa2 isu world wide.

angah : u really understand my feeling and what I want in my life. i wanna be a doctor, but the path is too tough 4 me and made me think about quitting.. but the support fr u, abah n ummi, adik2, always be a strength for me to move on~ and He bring me into it, he surely will bring me through it. insyaAllah..

jazakallah angah